KUALA LUMPUR: Aspek keselamatan dalam talian khususnya, kepada kanak-kanak di bawah umur 13 tahun perlu diberikan penekanan oleh ibu bapa, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Beliau berkata ibu bapa juga perlu sentiasa memantau akaun media sosial anak mereka kerana pada usia sedemikian, dikhuatiri mereka akan mudah terpengaruh dengan budaya yang tidak sesuai.
"Kalau ada anak-anak di bawah 13 tahun, larang mereka daripada memiliki akaun media sosial kerana kita lihat mereka pada usia (itu) cukup mudah mengikut trend-trend tertentu dan dari segi pembangunan mental, masih banyak yang mereka perlu lalui," katanya.
Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program Kembali Ke Sekolah Bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan Shopee di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Pantai di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Bahagian Transformasi dan Koordinasi Negeri MCMC Bukhari Yahya dan Pengarah MCMC Wilayah Persekutuan Hanita Izam Abdul Rahman serta 200 penerima program berkenaan.
Dalam pada itu, Fahmi turut memaklumkan pihaknya akan bertemu dengan Kementerian Pendidikan (KPM) dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara itu selain meneliti beberapa usaha sama yang akan dijalankan.
Beliau berkata Kementerian Komunikasi juga akan mencadangkan satu kempen kesedaran diadakan di sekolah yang akan disertai bersama-sama pengendali platform media sosial.
"Rata-rata saya lihat, pihak media sosial bersedia melakukan aktiviti CSR (tanggungjawab sosial korporat) bersama-sama pihak kementerian untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid-murid agar mereka faham dan tidak main media sosial pada usia yang muda," katanya.
"Insya-Allah kita akan bincangkan bentuk penyelesaian segera dan yang bersifat berpanjangan yang boleh dilakukan," katanya.
Fahmi turut memaklumkan beliau telah mengadakan pertemuan bersama wakil Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) di Parlimen minggu lepas dan mempunyai beberapa rancangan untuk menjayakan kempen kesedaran dalam kalangan guru, ibu bapa dan murid mengenai aspek keselamatan dalam talian.
Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata MCMC telah menyekat akaun individu yang menyebarkan ajaran The Ahmadi Religion of Light and Peace di media sosial selain telah berhubung dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berhubung isu berkenaan.
"Saya semak pagi tadi akaun itu sudah tidak boleh diakses. Sebelum ini, pihak MCMC memaklumkan mereka mendapat pandangan dan laporan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengenai ajaran sesat itu.
"Ada beberapa tindakan yang telah diambil termasuk siasatan untuk pastikan bukti-bukti ini tidak terjejas. Jadi setelah beberapa perkara dilakukan, pihak MCMC mendapat kebenaran daripada Menteri Hal Ehwal Agama dan hari ini saya lihat akaun itu tidak boleh lagi diakses," katanya.
Pada Khamis lepas (7 Mac), Mohd Na'im dilaporkan Ajaran The Ahmadi Religion of Light and Peace adalah bertentangan dengan syariat Islam selain pihaknya akan memastikan semua kandungan di media sosial mengenai ajaran itu diturunkan seberapa segera bagi mengelakkan masyarakat daripada terpengaruh.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 09 2024
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyampaikan ucapan pada Program ‘Back To School’ Bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Shopee di PPR Sri Pantai, hari ini. - Foto Bernama
Industri tanaman durian Johor tunjuk perkembangan positif
Seramai 31,500 orang pengusaha tanaman durian direkodkan pada tahun 2022 dan ia meningkat kepada 34,650 orang pada tahun lepas.
Disleksia bukan penghalang untuk Amer buka perniagaan kafe
Apa yang berlaku ke atas dirinya itu membuatkan dia berasa rendah diri dan sedih kerana tidak dapat menguasai pembelajaran di sekolah.
AI dalam latihan, penyelidikan pupuk tenaga kerja mahir, penciptaan pekerjaan
Penggunaan AI dijangka dapat memupuk tenaga kerja mahir dan merangsang penciptaan pekerjaan dalam sektor teknologi tinggi.
Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Lawrence Wong, Perdana Menteri keempat Singapura
Wong menerima pujian dari seluruh dunia, menonjolkan kedudukannya yang terhormat di pentas global.
Wei Chong-Kai Wun akui perlu baiki tahap kekuatan mental
Tahap mental yang kurang mantap dilihat menjadi salah satu punca utama beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun bergelut dengan prestasi pada tahun ini.
Hampir 40 peratus serangan siber di Malaysia libatkan akaun pembuatan, sektor kerajaan pada 2023
Tiga sektor sasaran utama ialah pembuatan (20 peratus), kerajaan (18.2 peratus) serta teknologi, media dan telekomunikasi (14.5 peratus).
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan bermula tahun ini - Abang Johari
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan dimulakan tahun ini dengan tumpuan utama untuk melaksanakan fasa kedua PCDS 2030.
China sumbang kerancakan jumlah ketibaan pelancong ke Melaka
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata sejumlah 116,055 pelancong China, melawat Melaka sejak Januari hingga April tahun ini.
BAM mahu impian dua wakil setiap kategori di Olimpik terus 'hidup'
Semua pihak peru beri komitmen dalam usaha memastikan badminton terus menjadi penyumbang pingat terbesar buat negara pada LA28 Julai nanti.
Selangor rekod kes jenayah seksual tertinggi dalam tempoh tiga tahun
Siti Kamisah berkata, kepadatan penduduk, aktiviti ekonomi, desakan hidup serta capaian internet yang meluas menjadi antara faktor.
Aspek keselamatan dalam talian untuk kanak-kanak perlu diberi penekanan oleh ibu bapa - Fahmi
Aspek keselamatan dalam talian khususnya, kepada kanak-kanak di bawah umur 13 tahun perlu diberikan penekanan oleh ibu bapa.